Friday, April 10, 2015

7 lelaki rompak kedai emas di jalan Tar

KUALA LUMPUR: Selepas gagal menyamun barangan kemas di sebuah kedai emas di Rawang, sekumpulan tujuh lelaki kemudian merompak sebuah lagi kedai emas di Jalan Tunku Abdul Rahman, di sini, petang tadi. Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), suspek yang menaiki lebih daripada lima motosikal didapati membawa senjata seperti pistol, parang dan tukul besi. Dalam rompakan kedua yang dilakukan pada jam 5.30 petang, seorang daripada suspek yang bersenjata pistol dan memakai topi keledar bertutup penuh dilapor mengacukan pistol ke arah orang ramai di kaki lima premis berkenaan untuk tujuan menakutkan. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan tidak menolak kemungkinan dilakukan suspek yang sama dalam kejadian rompakan di Rawang.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/46795?m=1

Kanak-kanak 5 tahun maut tertimbus baja

Kemalangan maut
Gambar hiasan

BINTULU - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut ditimbus baja setelah sebuah lori yang membawa muatan itu terbalik selepas terlanggar sebuah rumah di Batu 8, Jalan Bintulu-Miri di sini, hari ini.
  
Mohd Ashraf Abdullah disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Hospital Bintulu selepas dia ditemukan pasukan Bomba dan Penyelamat Bintulu pada 3.35 petang di rumah itu.
  
Jurucakap Bomba dan Penyelamat Bintulu ketika dihubungi Bernama hari ini berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.44 tengah hari mengenai kejadian itu.
    
"Mangsa dipercayai berada di bawah tangga rumah berkenan apabila lori yang membawa muatan baja itu hilang kawalan kerana mengelak kenderaan lain, lalu terus melanggar rumah berkenaan dan terbalik," katanya.
    
Beliau berkata, dua wanita berusia lingkungan 45 tahun serta seorang kanak-kanak lelaki berumur setahun turut cedera dalam insiden itu dan mereka dirawat di Hospital Bintulu.
    
Jurucakap itu berkata polis sedang memburu pemandu lori berkenaan, yang melarikan diri selepas kejadian itu,  untuk siasatan lanjut. - Bernama

Singapura mungkin pulang ke Malaysia

Adam A Kadir
Adam A Kadir

MUNGKINKAH Singapura bersama Malaysia lagi?” tanya seorang mantan Menteri daripada keturunan Cina. “Saya tidak nampak ia akan berlaku dalam jangka hayat saya,” jawab Lee Kuan Yew.

Sebagaimana pertanyaan itu dibuat dalam keadaan mesra, begitu juga jawapan yang diberikan Kuan Yew. Episod bersejarah ini berlaku pada 5 September, 2001 di dewan khas sebuah hotel terkenal di Kuala Lumpur, melibatkan 10 orang mantan menteri, termasuk saya, dengan Kuan Yew dan tiga orang menteri Singapura.

Cetusan di hati saya ialah Kuan Yew sudah terlebih dulu menganggarkan pertanyaan begitu akan timbul, dan beliau sudah bersedia dengan jawapannya. Tidak nampak Kuan Yew tercuit hati atau berasakan beliau sengaja diogah.

Teringat saya kata-kata seorang rakyat Singapura keturunan India yang saya kenali di Kuala Lumpur pada tahun 1982. Walaupun beliau seorang peniaga komputer yang mahukan firma saya membeli sebuah komputer terlebih dulu sebagai syarat untuk menjadi ejen, beliau kelihatan berminat dalam politik.

Seperti kebanyakan orang Singapura, beliau mempunyai ramai saudara-mara di Malaysia.

“Apa pun pertimbangannya, Singapura patut masuk balik Malaysia,” katanya bersahaja. "Sesebuah negara mesti ada bukit, gunung, sungai, hutan, lembah… macam-macam lagi. Tak payah dikatakan, Singapura tidak ada semua itu.”

Bagaimanapun, jawapan Kuan Yew di atas adalah bersukatan. Ia bukan mutlak. Ia berpintu yang tidak berselak. Ungkapan ‘tidak nampak’ (I can’t see) mempunyai pengertian berlapik; mungkin kerana kualiti mata, atau mungkin ia terlindung apabila dipandang dari sesuatu sudut.

Justeru, ia bukan bererti sesuatu itu tidak wujud. Kalaulah Kuan Yew menjawab dengan marah bagaikan beliau ditempelak, maka bolehlah ia dimengerti sebagai tidak mungkin berlaku secara mutlak.

Saya tidak dapat menganggarkan sama ada Kuan Yew berkongsi sikap dengan tauke komputer itu, tetapi jelas sekali Kuan Yew lebih terdorong untuk menerajui Singapura ke suatu tahap yang boleh menempatkannya sebagai seorang negarawan berjaya daripada pandangan dunia.

Disebabkan beliau didewasakan oleh pendidikan Inggeris, justeru tidak boleh lari daripada pembudayaannya, maka Winston Churchill, negarawan ulung Inggeris, dipercayai menjadi salah seorang pengilhamnya. Walaupun seorang Cina, beliau dapat melihat di luar batasan kecinaan secara wajar.

“Saya percaya, China tidak dapat menandingi AS 50 tahun, malah 100 tahun akan datang,” tegasnya.

Namun begitu, Dr Lily Rahim, anak saudara Tun Yusuf Ishak, Presiden pertama Singapura, menulis dalam sebuah bukunya bahawa antara langkah strategik Singapura ialah memperbanyakkan jumlah rakyatnya dengan membawa masuk berjuta-juta orang Cina.

Dr Lili kini menjadi seorang profesor di sebuah universiti Australia selepas (dikatakan) diusir dari Singapura. Justeru dalam masa 10 tahun, rakyat Singapura bertambah dari empat juta kepada lebih tujuh juta, menyaingi Hong Kong.

Dalam politik, angka menjadi faktor utama. Pemenang pilihan raya harus mendapat lebih 50 peratus undi baik apa pun jumlah mutlaknya. Pasaran besar ialah yang mempunyai ramai orang.

Dan berkemampuan! AS tidak berani menolong Kuomintang di bawah Chiang Kai Shik di Taiwan menyerang komunis di tanah besar China di bawah Mao Tze Tung kerana rakyat China hampir empat kali lebih banyak daripada rakyat AS.       

Mengambil kira segala itu, sama ada tarikan untuk masuk Malaysia kerana gunung-ganang dan alam raya, atau kerana kemudahan hidup, ekonomi atau hal senasib, esprit de corp, angka penduduk dan keturunan pasti menjadi faktor perhitungan besar.

Itulah faktornya di sebalik idea asal: membawa masuk Malaya, Singapura, Brunei, Sabah dan Sarawak dalam gagasan Malaysia  dengan imbangan jumlah Melayu dan Cina.    
Jika terma yang lebih baik daripada yang dikecapi oleh Scotland untuk kekal dalam United Kingdom, sebagai contoh, didapati oleh Singapura, maka mungkin negara yang asalnya Temasek ini boleh terbuka hati semula. Itulah yang mungkin tersemat dalam hati Kuan Yew: “Demi waktu… meskipun saya tiada lagi.”  


* Tan Sri Adam A Kadir mantan Presiden Senat

Remaja koma lebih sebulan

Remaja koma lebih sebulan
Suriati menunjuk lutut kanan anaknya yang menerima 20 jahitan

GUA MUSANG - Keluarga pelajar tingkatan lima SMK Tengku Indera Petra 2, Norfarahani Ismail, 17, yang koma lebih sebulan akibat kemalangan jalan raya, memerlukan bantuan orang ramai untuk meringankan beban perbelanjaan harian.

Ini disebabkan pelajar perempuan itu yang kini terlantar di rumahnya di Kampung Batu Papan, di sini, memerlukan perbelanjaan hampir RM1,000 sebulan untuk membeli susu dan lampin pakai buang.

Bapanya, Ismail Sulaiman, 46, yang bekerja sebagai buruh di kedai tayar di bandar ini dengan pendapatan sekitar RM1,000 sebulan, tidak mampu menampung perbelanjaan Norfarahani kerana dalam masa sama perlu menanggung tiga lagi anak yang masih bersekolah.

Ibunya, Suriati Mohamad, 43, berkata, Norfarahani yang baru dibawa pulang dari Hospital Kuala Krai seminggu lalu, memerlukan tiga tin susu seminggu.

Menurutnya, satu tin susu yang diminum pelajar itu sekarang berharga RM83 dan pembeliannya perlu dibuat di Kota Bharu kerana sekitar bandar ini sudah kehabisan susu jenis tersebut.

“Bayangkan, seminggu kami terpaksa berbelanja lebih RM200 untuk beli susu sahaja, mana lagi belanja untuk beli lampin pakai buang dan keperluan harian anak-anak yang lain.

“Sedih rasanya nak menanggung beban perbelanjaan itu, tambahan pula bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) masih dalam proses permohonan,” katanya.

Menceritakan detik kemalangan itu, kata Suriati, kejadian berlaku kira-kira jam 11.45 pagi 28 Februari lalu ketika anaknya dalam perjalanan pulang ke rumah dengan menunggang motosikal, selepas menghantar rakan di Taman Damar.

Menurutnya, Norfarahani sebelum itu pergi ke kelas tambahan di sekolahnya, namun seorang rakan meminta anaknya itu menghantarnya ke rumah di Taman Damar, sebelum berlanggar dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di simpang tiga dekat sekolah di Jalan Pulai Lama.

Kata Suriati, anaknya yang cedera di kepala dan lutut kanan serta tercabut sendi tulang punggung, dikejarkan ke Hospital Gua Musang sebelum dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk menerima rawatan susulan.

Suriati berkata, doktor yang merawat anak kedua daripada empat beradik itu memaklumkan, anaknya itu akan pulih dalam masa beberapa bulan, tetapi perlu diberi minum susu menerusi tiub buat sementara waktu.

"Ketika berada di wad selama sebulan, kami telah menghabiskan banyak wang, namun kami reda dengan ketentuan ini. Hanya yang kami bimbangkan, dalam masa seminggu lagi, perbelanjaan sudah tentu tidak mencukupi.

"Jadi, saya merayu kepada sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan untuk menghubungi menerusi talian 019-9201225,” katanya.
 

Dua maut, 5 cedera dipanah petir

PDRM

BATU KAWAN - Dua lelaki maut manakala lima yang lain cedera termasuk seorang kritikal selepas dipanah petir ketika berteduh daripada hujan di kawasan kuil yang dalam pembinaan di Batu Kawan di sini, semalam.

Mereka yang maut dalam kejadian kira-kira 7 malam itu ialah pekerja kilang dikenali sebagai N.Arumugam, 42, dan peniaga V.Sivaperumal, 56.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Deputi Superitendan Shariffudin Abdullah berkata mereka mati di tempat kejadian kerana melecur teruk akibat dipanah petir.

"Mayat dua lelaki berkenaan dihantar di Hospital Sungai Bakap untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi di sini, malam ini.

Beliau berkata lelaki yang kritikal dikenali sebagai S. Gunasegaran, 44, dan kini dirawat di Hospital Pulau Pinang.

Empat lagi yang cedera, yang berusia antara 35 hingga 48 tahun, dirawat di Hospital Sungai Bakap dan keadaan mereka dilaporkan stabil.

"Ketika kejadian, tujuh lelaki berkenaan berteduh di kuil itu kerana hujan lebat dan angin kuat.

"Dipercayai kebanyakan mereka baru pulang dari kerja," katanya. - Bernama

Bantu pekebun jadi usahawan

KUALA TERENGGANU - Risda beri tumpuan pembentukan golongan usahawan dalam kalangan keluarga pekebun kecil di seluruh daerah pada tahun ini.

Pengarah Risda Terengganu, Rusly Yaacob berkata, pihaknya telah menjalankan pelbagai kursus menerusi pertubuhan Generasi Muda Pekebun Kecil (Gempek) membabitkan lebih 450 peserta sejak dua tahun lalu.

Menurutnya, kursus yang dilaksanakan itu untuk melatih generasi muda pekebun kecil menjadi usahawan atau bekerja dalam bidang pertanian.

"Kita dedahkan mereka dengan pelbagai kursus termasuk perkebunan komersil dan tenaga mahir. Selepas itu kita beri latihan amali di estet swasta di seluruh negeri.

"Kursus yang dijalani banyak memberi peluang pekerjaan, malah ada antara peserta Gempek berjaya menjadi penyelia ladang, kontraktor dan sebagainya selepas tamat latihan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Kempen Gerakan Peningkatan Produktiviti Peringkat Risda Terengganu, di tapak Tanam Semula Kelompok Bukit Tinggi, di sini, kelmarin.

Majlis dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Roslee Daud.

Menurut Rusly, peserta Gempek juga diberi keutamaan untuk menerima bantuan sehingga RM10,000 daripada Risda bagi sesuatu projek yang bakal dijalankan.

"Misalnya ada peserta menjalankan perusahaan menjahit di rumah dan berhasrat mengembangkan perniagaan. Mereka layak dipertimbangkan untuk menerima bantuan," katanya.

Beri santapan rohani

KUALA BERANG - Penjaga dan ibu bapa dinasihatkan agar sentiasa memberi santapan rohani kepada anak mereka supaya mempunyai kekuatan fizikal dan spiritual.

Exco Gabungan Persatuan Pengubatan Islam Malaysia (Gappima), Datuk Shamsuri Shafie berkata, kekuatan spiritual itu mampu menjadi benteng dan mengelakkan diri daripada menerima gangguan makhluk halus.

“Tidak dinafikan histeria sering kali mengganggu pelajar dan ia boleh merebak dengan cepat kepada pelajar lain yang lemah rohaninya.

"Gangguan ini menyebabkan ramai yang tidak sedarkan diri pada satu-satu masa" katanya.

Kata beliau,  keadaan histeria jika dirujuk pada hadis menyatakan disebabkan sejenis jin yang berpindah randah antara satu badan ke badan lain.

Jin terbahagi kepada tiga iaitu berterbangan di awang-awangan, mampu merupa haiwan berbisa dan berpindah-randah.

“Jenis jin yang ketiga itulah yang berkaitan dengan keadaan histeria.. disebabkan seorang pelajar yang pada mulanya terkena maka selang beberapa saat atau tempoh yang singkat ia mampu berpindah kepada pelajar lain.

“Pastinya terdapat cara khusus untuk membentengi diri dan sekolah daripada diganggu makhluk jin tersebut," katanya.

Kata Shamsuri, Sebagai langkah awal santapan rohani teramat penting dan aspek itu tidak seharusnya diketepikan bukannya hanya mengejar kecemerlangan akademik sahaja.

Beliau berkata demikian ketika menghubungi Sinar Harian untuk mengulas berhubung kejadian histeria melibatkan pelajar perempuan yang berlaku di sebuah sekolah menengah di daerah ini sebagaimana disiarkan akhbar ini kelmarin.

Akhbar ini kelmarin menyiarkan harapan ibu bapa agar pihak berkaitan dapat mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan masalah histeria yang kian menjadi-jadi dua minggu belakangan ini hingga menjejaskan sesi pembelajaran.

Tambahnya yang juga Pengasas Pusat Rawatan Islam At-Tobibi, hadis juga ada menyatakan bahawa apabila dinamakan manusia terdapat dua perkara penting harus dijaga iaitu rohani dan jasmani yang memerlukan makanan.

Tiada petunjuk mengenai pelancong Malaysia hilang di Nepal

Tiada petunjuk mengenai pelancong Malaysia hilang di NepalPasukan pencari dan menyelamat masih tidak menemui sebarang petunjuk setakat ini mengenai pelancong Malaysia Dennis Lee Thian Poh. 
KATHMANDU: Pasukan pencari dan menyelamat masih tidak menemui sebarang petunjuk setakat ini mengenai pelancong Malaysia Dennis Lee Thian Poh yang hilang sejak 5 April lepas di kawasan Ghorepani, daerah Myagdi, kira-kira 450km  barat laut Kathmandu.

Dua pasukan, satu dengan anjing pengesan dan satu lagi dengan helikopter telah dihantar ke kawasan sepanjang laluan Ghorepani-Ghandruk untuk mengesan kedudukan Lee, kata Pengarah SAR Dogs Nepal, Jit Bahadur Masrangi.

"Mereka telah menggeledah keseluruhan laluan Ghorepani-Ghandruk tetapi tiada petunjuk ditemui," kata beliau.

Sementara itu, Balai Polis Ghorepani telah mengeluarkan notis mengumumkan ganjaran US$500 (RM1,830) kepada sesiapa yang memberikan petunjuk pertama lokasi Lee.

"Kami telah mengumumkan ganjaran wang tunai untuk menggalakkan penduduk tempatan membantu kami mengesan rakyat Malaysia yang hilang itu," kata Timbalan Ketua Polis Nepal Pankaj Shrestha.

Lee, 47 yang mengembara di laluan Pokhara-Mustang dengan sekumpulan lapan rakan dari Filipina, dilihat kali terakhir di Ghorepani, 5 April lepas, kata polis.

Kumpulan itu diuruskan oleh Holiday Tibet Trekking Company, kata pengarah syarikat itu Sonam Shrepa.

Sokong Najib dengan ikhlas - Rafidah Aziz

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pergerakan Wanita UMNO Tan Sri Rafidah Aziz meminta semua pihak di dalam kerajaan supaya menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan ikhlas.

Beliau berkata pemimpin parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) juga perlu berdiri teguh di belakang Najib untuk membantunya memperkuatkan parti dan kerajaan.

"Putrajaya bukan semata-mata Najib tetapi semua yang berada di dalam kerajaan. Perdana Menteri memerlukan pasukan yang cekap, berwibawa, ikhlas dan berpegang teguh kepada tanggungjawab kolektif.

"Kita tidak mahu melihat kerajaan BN tergugat. Maka, sokonglah Perdana Menteri dengan ikhlas untuk memperkuatkan parti dan kerajaan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Dalam pada itu, Rafidah yang juga bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata setiap pandangan dan pendapat yang ingin diutarakan kepada mana-mana pihak termasuk Najib, ia perlulah dibuat secara berhemah dan konstruktif.

"Sungguhpun kita berhak bercakap, menulis dan memberi pendapat tetapi biarlah dengan cara berhemah dan cara membina atau konstruktif...janganlah mana-mana pihak pula cuba menangguk di air yang keruh," katanya.

Beliau mengulas keterbukaan Najib yang juga Pengerusi BN dan Presiden UMNO menjawab pelbagai isu dalam program Soal Jawab TV3 Edisi Khas pada Khamis.

Antara isu yang dijawab Najib dalam wawancara satu jam itu ialah mengenai 1Malaysia Development Berhad, pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan, kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, prospek ekonomi negara serta kritikan daripada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Veteran UMNO Datuk Dr Malik Munip pula berpendapat dalam menghadapi pelbagai tekanan dan kritikan, Najib masih mempamerkan sikap beradab dan tertib.

Sebagai Perdana Menteri, katanya Najib juga memerlukan sokongan pelbagai pihak untuk menerajui negara selain terpaksa berdepan beberapa situasi ekstrem yang belum pernah berlaku dalam kalangan perdana menteri terdahulu.

Bayi Comel Ditemui Dalam Beg Kertas Tersenyum Dan Tidak Menangis.



Rawang: “Dia (bayi) dijumpai dalam keadaan tersenyum dan tidak menangis di dalam beg kertas,” kata Fakhrudin Abdul Karim, 46, sebaik menemui bayi lelaki yang dibuang di atas bonet sebuah kereta di kawasan meletak kenderaan Masjid An Nur Bandar Country Homes di sini, kelmarin.

Fakhrudin yang juga nazir masjid itu berkata, bayi malang terbabit ditemui selamat oleh seorang jemaah masjid selepas selesai menunaikan solat Isyak pada jam 9.15 malam.

Menurutnya, jemaah masjid kemudian segera memaklumkan perkara itu kepadanya.

“Saya amat terkejut kerana kejadian itu pertama kali berlaku di kawasan ini. Bayi itu masih bertali pusat dan dibungkus bersama kain di dalam beg kertas.

“Peliknya bayi itu berada dalam keadaan tersenyum dan tidak menangis. Saya percaya bayi itu sudah dilahirkan beberapa hari lalu,” katanya.

Menurutnya, terharu dengan penemuan bayi itu seorang jemaah masjid melaungkan azan ke telinga bayi itu.

“Bayi itu baru dilahirkan, maka wajarkan bayi itu diazankan.


“Kami dapati beg kertas berisi bayi itu ditinggalkan di atas kereta milik seorang pesara polis berusia 64 tahun yang menemuinya,” katanya.

Fakhrudin berkata, dia kemudian mengarahkan jemaah masjid itu membuat laporan polis sebelum membawa bayi malang berkenaan ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Menurutnya, bayi itu kini diserahkan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk dijaga dan berharap kejadian seumpama itu tidak berulang pada masa akan datang.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata bayi lelaki itu kini menjalani pemeriksaan di Hospital Selayang.
Ali berkata, siasatan awal di tempat kejadian tidak menemui saksi yang melihat individu meninggalkan bayi terbabit di atas bonet kereta.

“Kami (polis) minta orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengetahui individu yang baru sahaja melahirkan bayi supaya menghubungi balai polis terdekat,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran. - Metro Online

'I do not know Altantuya' - Najib

'I do not know Altantuya' - NajibNajib once again says he does not know Altantuya. -Filepic 
KUALA LUMPUR: Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak once again stressed that he does not know Mongolian woman Altantuya Shaariibuu and was not involved directly or indirectly in her murder.

He said the issue is an old story and he himself had uttered an oath denying his involvement in a mosque in Permatang Pauh in 2008.

“This is a story from 2008… an old story. Actually I uttered the oath ‘Wallahi Wabillahi Watallahi’ three times in a mosque in Permatang Pauh in 2008… that I do not know Altantuya and I’m not involved directly or indirectly,” he said.

Najib said, the police had conducted an investigation and the Inspector-General of Police at that time also issued a statement saying he was not involved.

“At that time, Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) as the Prime Minister reported the issue and the IGP issued a statement saying I was not involved,” he said when being interviewed in a special edition of “Soal Jawab” programme on TV3 last night.

Najib said the police at that time carried out investigations and looked into the alleged connection he had with the case.

“There is no evidence whatsoever that arise that I know her. There’s nothing – no pictures, no writing, no witnesses and so on.

“The court has determined the process up to the Federal Court. Are we going to question the integrity of the courts which have defended before this?” he asked.

Former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad in a series of attacks against Najib urged an investigation be conducted after Sirul Azhar Umar issued a statement claiming he had received orders.

'Moga damailah dikau di sana wahai bidadari syurga'

'Moga damailah dikau di sana wahai bidadari syurga'Satu coretan pilu seorang suami yang baru kehilangan isteri viral di laman sosial sejak semalam. 
Satu coretan pilu seorang suami yang baru kehilangan isteri viral di laman sosial sejak semalam.

Bingkisan luahan hati Mohd Makhzani Abdul Rahim, 27 tahun, di laman Facebook miliknya, mengundang sebak sesiapa sahaja yang membacanya.

Isteri Makhzani, Nadhratan Naim Abdul Sani, 20, meninggal dunia sehari selepas kemalangan motosikal pada 7 April lalu.

Cerita Makhzani, isterinya itu bukan sahaja cantik dan baik, malah punya suara yang merdu ketika mengalunkan bacaan Al-Quran. Nadhratan, kata Makhzani, sering meminta maaf biarpun tiada kesalahan dilakukan.

Coretan pilu seorang suami yang baru kehilangan isterinya.

Dalam coretan itu, Makhzani turut menceritakan pertemuan mereka yang dijodohkan oleh kedua orang tua. Mereka selamat diijabkabul pada tanggal 29 Disember tahun lalu.

Bagaimanapun, selepas 10 hari bernikah, mereka terpaksa berjauhan apabila Makhzani terbang ke Mesir untuk menghabiskan pengajiannya yang hanya tinggal enam bulan.

Semenjak itu, pasangan suami isteri akan berhubung setiap hari menggunakan pelbagai kecanggihan teknologi dan aplikasi media sosial.

Menurut seorang pengguna Facebook, Erin Ezleen Nadira yang juga rakan arwah, Nadhratan seorang isteri yang sangat baik. Erin turut menceritakan bagaimana arwah bertahan ketika koma, dan hanya menghembuskan nafas terakhir selepas mendengar suara suaminya yang menghubungi dari Mesir.

Pengemis dihalau, kembali dengan Ferrari

Pengemis dihalau, kembali dengan Ferrari
Sedutan Video eksperimen yang dimuatnaik oleh Josh Paler Lin

BINTANG YouTube, Josh Paler Lin diberitahu bahawa layanan antara satu sama lain berbeza mengikut taraf.

Beliau kemudian bertindak merekod sebuah video 'prank' untuk memastikan sendiri perkara tersebut.

Menerusi sebuah video yang dimuatnaik ke Youtube pada 23 Mac lepas, Josh menyamar sebagai seorang pengemis dan pergi ke beberapa buah restoran.

Tidak mengejutkan, beliau kemudiannya dihalau oleh pengurus restoran.

Josh kemudian datang kembali ke restoran-restoran berkenaan berpakaian kemas sambil  memandu sebuah kereta Ferrari.

Mengejutkan, pelayan-pelayan restoran tersebut berubah 100 peratus, melayan dan mempelawa Josh untuk menikmati makanan di restoran mereka.

Josh bagaimanapun bertindak memerli dan menghentam pelayan-pelayan tersebut tentang cara layanan mereka yang bermuka-muka dan memilih kasih.

Sehingga kini, sudah lebih enam juta pelayar menonton video tersebut.

Kebanyakannya tidak bersetuju dengan cara Josh melakukan 'eksperimen'.

"Saya tak setuju dengan (cara) ini. Itu dipanggil sebagai 'dress code'.

"Tiada siapa mahu makan berdekatan orang berpakaian kotor, tidak berkasut dan berkaki busuk!," kata seorang pelayar.

"Saya faham apa yang kamu cuba sampaikan, namun restoran-restoran berkenaan adalah 'high class' dan eksklusif. Cuba kamu buat eksperimen kamu di restoran-restoran biasa," kata bekas pelayan restoran, Elisabeth.

Rezeki dari sebiji nangka madu

Rezeki dari sebiji nangka madu
Nasrul sedang memotong nangka madu untuk dibungkus dan dijual kepada pelanggan

KULIM - Hanya berbekalkan sebiji nangka, seorang bekas pekerja swasta mampu memperoleh sumber pendapatan tetap.

Nasrul Zairi, 31, berkata, dia menjalankan perniagaan menjual nangka madu itu sejak dua tahun lalu secara sambilan namun ia lebih menguntungkan dan mengambil keputusan berniaga sepenuh masa.

“Saya pun tak menyangka idea daripada abang yang mencadangkan menjual nangka madu sekarang menjadi sumber pendapatan tetap.

“Saya tak perlu lagi bekerja kilang yang memenatkan sehingga tak ada masa dengan keluarga,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Tambahnya, selain mudah untuk mendapatkan bekalan ia juga tidak memerlukan banyak perkakasan bagi mengekalkan kesegaran nangka tersebut.

“Ia mudah, tak perlu ada peti sejuk beku untuk simpan, beli sahaja nangka kemudian potong dan masukkan dalam plastik setelah ditimbang sebelum dijual kepada pelanggan,” katanya.

Nasrul yang juga mempunyai  dua anak juga berkata, nangka madu yang dijualnya juga mendapat permintaan tinggi daripada pelbagai kaum dan usia.

“Selalu kebanyakan wanita lebih menggemarinya  terutama pada waktu panas,” katanya.