KUALA LUMPUR: Selepas gagal menyamun barangan kemas di sebuah kedai emas di Rawang, sekumpulan tujuh lelaki kemudian merompak sebuah lagi kedai emas di Jalan Tunku Abdul Rahman, di sini, petang tadi. Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), suspek yang menaiki lebih daripada lima motosikal didapati membawa senjata seperti pistol, parang dan tukul besi. Dalam rompakan kedua yang dilakukan pada jam 5.30 petang, seorang daripada suspek yang bersenjata pistol dan memakai topi keledar bertutup penuh dilapor mengacukan pistol ke arah orang ramai di kaki lima premis berkenaan untuk tujuan menakutkan. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan tidak menolak kemungkinan dilakukan suspek yang sama dalam kejadian rompakan di Rawang.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/46795?m=1
No comments:
Post a Comment