
Bagi, Nur Raisa Kadir, 23, dan Mohd Hairil Farhan Ibrahim, 27, mengakui teruja menunggu detik bersejarah tersebut apatah lagi ia bakal disaksikan saudara terdekat dan ribuan yang lain.
Nur Raisa yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta di sini berkata, dia dan pasangan bersifat terbuka dan merasakan perkahwinan beramai-ramai ini lebih meriah.
“Saya memang membaca Sinar Harian dan apabila ternampak di Facebook, tanpa berlengah saya dan pasangan membuat pendaftaran, kerana pakej yang murah dan pelbagai hadiah menarik menanti kami.
“Ibu bapa saya dan mertua juga tidak ada masalah, malah kakak saya sebelum ini juga ada menyertai perkahwinan seperti ini di Putrajaya. Jika ada mengatakan ia tidak eksklusif, pandangan saya berbeza kerana ia satu pengalaman yang bukan semua boleh merasai,” katanya.
Nur Raisa berkata, mengikut perancangan asal, dia dan pasangan akan disatukan pada Ogos depan bagaimanapun terus mengambil peluang menerusi program anjuran Pusat Khidmat Parlimen Pulai dengan kerjasama Sinar Harian ini.
Manakala bagi pasangan Rakesh Khan Abdul Rahan, 35 dan Haslinda Hussin, 29, program yang dianjurkan menjimatkan kos apatah lagi dalam situasi kos sara hidup kini.
Rakesh yang bekerja sendiri berkata sememangnya berhasrat berkahwin pada tahun ini selepas lima tahun perkenalan mengakui program yang dianjurkan bertepatan pada masanya.
“Keluarga semua menyokong malah tunang saya yang memaksa untuk menyertai program ini kerana ia mudah dan jimat kos.
“Daripada kami mengeluarkan kos yang besar, kami berhasrat membeli rumah dan memulakan kehidupan berumahtangga dengan lebih stabil,” katanya.
Berbaki kurang sebulan lagi, Rakesh berkata, segala persediaan seperti dokumentasi dan pakaian pengantin telah disediakan yang kini hanya menunggu untuk disatukan.
Walimatul Urus Mega mengenakan bayaran RM1000 bagi setiap pasangan, terbuka kepada semua warganegara Malaysia, selain menawarkan pakej cabutan bertuah untuk mengerjakan umrah selain pelbagai tawaran lain.




PAKAR PSIKOLOGI: GST: Emosi rakyat terganggu dengan kenyataan Ahmad Maslan - Gambar fail
Price percaya gaji yang diterimanya sangat tinggi jika dinilai mengikut keadaan semasa.
MYBC: 'Kenapa ada pegawai kerajaan makan komisyen dari persembahan buskers?' - Gambar fail 


WAN ZULKIFLEE: Tidak ada rancangan untuk menurunkan gaji pekerja, sama ada Petronas Carigali atau Kumpulan Petronas secara keseluruhannya. -Gambar fail 
MUSA: Tun M cuma bertanya, dia tidak buat salah apa-apa - Gambar fail
ABU KASSIM: MACC investigates all cases including that of Rosmah's alleged purchase of a pricey diamond ring. - File Photo
A quick check by Astro AWANI revealed that at Press time, the post which the singer uploaded on April 14 has received more than 17,000 likes and 700 comments. - File Photo 

Dr Mahathir dakwa pemimpin UMNO hari ini setia hanya kerana kontrak
Bukanlah sesuatu yang baharu di media sosial apabila ada kucing berstatus 'selebriti' yang popular dan mempunyai pengikut yang ramai. 




Ada pihak diugut jika tidak sokong Najib - Dr Mahathir 