Wan Nor Baizura bersama suaminya terpaksa mengehadkan perbelanjaan dapur bagi mengurangkan kos harian.
DUNGUN - Setelah dua minggu cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dikuatkuasakan, pelbagai reaksi diberikan oleh rakyat dan berpendapat ia mendatangkan kesan kepada setiap pengguna termasuk peniaga pasar malam.
Rata-rata peniaga pasar malam di sini mendakwa terasa terbeban dengan GST dan mengakui perlu mengeluarkan lebih banyak modal, sedangkan harga yang dijual kepada pelanggan tidak boleh dinaikkan sesuka hati.
Peniaga, Wan Nor Baizura Baharuddin, 27, berkata, dia berniaga pakaian di pasar malam sejak beberapa tahun lalu dan merasai perubahan apabila cukai itu dilaksanakan.
Menurutnya, dia memang tidak mengenakan GST kepada pelanggan tetapi dicaj GST apabila membeli barangan daripada pembekal yang lebih besar.
“Biasanya saya ke Kuala Lumpur dua minggu sekali untuk beli stok baru dan perlu membayar sebanyak RM10,000, tetapi sejak GST dikenakan saya terpaksa bayar lebih, iaitu mencecah RM12,000.
“Walaupun dicaj GST saya tak boleh menaikkan harga pakaian sesuka hati kepada pelanggan kerana akan menjadi pertikaian dan pembeli semakin berkurang,” katanya.
Kata Wan Nor Baizura, sekarang dia terpaksa berniaga setiap hari di pasar malam untuk mencari duit lebih, sedangkan sebelum GST dia masih sempat bercuti.
Seorang lagi peniaga yang juga ibu tunggal, Kamsah Haizam Ngah Alias Omar, 47, berkata, dia turut dilanda masalah sama dan perlu lebih bijak berbelanja.
“Setiap barang yang dibeli ada tambahan harga walaupun beberapa sen, tetapi bila ditambah ia jadi banyak.
“Saya berniaga nasi di pasar malam dan perlu berbelanja setiap hari, tetapi kesan kenaikan harga barang menyebabkan saya terpaksa mengurangkan kuantiti barangan dibeli,” katanya.
Tambah Kamsah, harga nasi ayam yang dijualnya masih sama walaupun banyak barangan mentah yang dibeli dikenakan caj GST.
“Jika harga makanan dinaikkan sudah tentu pembeli semakin berkurang dan mereka anggap ia terlalu mahal.
“Secara tak langsung, GST setakat ini turut menyumbang sedikit kerugian kepada perniagaan dijalankan saya,” katanya.

No comments:
Post a Comment