PERMATANG PAUH, 12 April (Bernama) — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyerahkan cadangan projek dewan terbuka yang akan dilaksanakan menerusi peruntukan kerajaan pusat kepada enam sekolah di kawasan Parlimen Permatang Pauh.
Enam sekolah terlibat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Seberang Jaya 2, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pauh Jaya, SK Bukit Indera Muda, SK Permatang Tok Kandu, SK Seri Penanti dan SK Mengkuang.Setiap sekolah akan mendapat RM200,000 untuk pembinaan dewan terbuka baharu yang dijangka siap dalam masa tiga bulan.
Pada majlis perasmian dewan terbuka SMK Samagagah di sini, Muhyiddin, yang dalam lawatan kerja sehari ke Pulau Pinang, turut menyerahkan bantuan kepada 15 orang tidak berkemampuan.
Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi Mohd Said berkata 11 sekolah di kawasan Parlimen Permatang Pauh dikenal pasti untuk mendapat dewan terbuka baharu.
Katanya lima buah sekolah telah mendapat dewan terbuka baharu dan SMK Samagagah merupakan satu daripadanya yang masing-masing membabitkan kos RM200,000.

No comments:
Post a Comment